Skip to main content

Khasiat dari pelbagai tumbuhan

Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu caralagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis laludibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan. Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi ituselama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi. Minum air kopi masa masih panas-panas
sedikit demi sedikit. Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannyasejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bilasudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan berolehcahaya mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambubatu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumatdicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia bolehdigunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akanmerasakan telapak tangan anda menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisiair dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas apihingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dananak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya. Penyakit ini boleh diubatidengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersihdan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yangluka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat. Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah kemuka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.
Khasiat buah betik ubat sedu
 Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu caralagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Bangun Tidur Awal Pagi Yang Mudah DiAmalkan

Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit. Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi. 1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari. Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa. Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya. Keadaan di atas, yan...

Pelbagai Petua Dari Orang Lama

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiappenyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,InsyaAllah datanglah keberkatannya. Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya: Baca bismillah Beristifar Baca Fatihah 1X Baca Ayat Kursi 1X Baca Doa Penyembuh Penyakit Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyakkelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudahagak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalutluka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari. Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudi...

6 CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya. Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan. 1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat. Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin. Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah. Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari y...