1. Memakan sayuran hijau Sayur-sayuran sangat penting dalam diet harian anda. Selain kaya dengan pelbagai vitamin, ia merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan terutamanya sayuran hijau. Khasiat antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau ini mampu membekalkan nutrien keseluruhan tubuh anda dan ke bahagian mata anda. Kesannya, bukan sahaja mata anda kelihatan sihat dan segar, malah anda akan kelihatan awet muda. 2. Tidur yang mencukupi Tidur yang mencukupi sangat penting untuk menyegarkan hari anda. Terdapat kajian menyatakan wanita yang mendapatkan tidur yang mencukupi membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dan awet muda. Mata anda pasti akan kelihatan segar dan bersinar kerana mendapat rehat yang cukup. 3. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala Anda kerap kali menggunakan alasan sibuk untuk soal kesihatan anda. Selagi sesuatu fungsi badan yang terganggu tidak menyakitkan anda, ia akan dipandang remeh sehingga menjadi semakin teruk. Hentikan sikap sambil lewa anda dan la...