Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kecantikan

KULIT MUKA BERSERI-SERI DENGAN 2 BAHAN JERR

KULIT MUKA BERSERI-SERI DENGAN 2 BAHAN JERR :grinning: Bahan Susu full cream Beras pulut - di blend halus ( tak perlu basuh ) Cara buatnya: - blend beras pulut sampai halus - bila dah halus, ambik dalam 2 sudu besar dan campurkan dengan susu. Agak agak je jangan bagi cair sangat dan tak pekat sangat. - simpan semalaman dalam peti ais. Cara guna: - sapu kat muka dan biarkan kering. Masa ni korang akan rasa muka tu tegang sangat. - kemudian bilas dengan air dan lap bersih-bersih. - buat la dalam 2 hari sekali, nak cantik kena la rajin kann. Korang cuba la buat, kompem tak nyesal laaa :+1: Kredit to arieza rieza

Tip Mencantikkan Kuku

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda. 2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda. 3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh. 4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur. 5. Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku. 6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus...

10 cara penjagaan mata agar kelihatan sihat dan bersinar

1. Memakan sayuran hijau Sayur-sayuran sangat penting dalam diet harian anda. Selain kaya dengan pelbagai vitamin, ia merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan terutamanya sayuran hijau. Khasiat antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau ini mampu membekalkan nutrien keseluruhan tubuh anda dan ke bahagian mata anda. Kesannya, bukan sahaja mata anda kelihatan sihat dan segar, malah anda akan kelihatan awet muda. 2. Tidur yang mencukupi Tidur yang mencukupi sangat penting untuk menyegarkan hari anda. Terdapat kajian menyatakan wanita yang mendapatkan tidur yang mencukupi membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dan awet muda. Mata anda pasti akan kelihatan segar dan bersinar kerana mendapat rehat yang cukup. 3. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala Anda kerap kali menggunakan alasan sibuk untuk soal kesihatan anda. Selagi sesuatu fungsi badan yang terganggu tidak menyakitkan anda, ia akan dipandang remeh sehingga menjadi semakin teruk. Hentikan sikap sambil lewa anda dan la...