Skip to main content

Pelbagai Petua Dari Orang Lama

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiappenyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,InsyaAllah datanglah keberkatannya.

Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya:
  • Baca bismillah
  • Beristifar
  • Baca Fatihah 1X
  • Baca Ayat Kursi 1X
  • Baca Doa Penyembuh Penyakit

Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah

Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyakkelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudahagak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalutluka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merahsentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dantuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu suduteh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar danabunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itudibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapasdi bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itudihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkansehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itusampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusulidengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampaimerata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikiansetiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlahsedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapakkaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka andasewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Padasebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia keringsendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagidan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin denganmenyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuhdan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yangbersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan darisegengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis butaitu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan ituhendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atauyang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panasmendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukanramuan itu ke bekas kurap.
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minitkemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbukhalus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya danminum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dancucilah kemaluan anda dengan air tersebut.
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orangperempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangattetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasidengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itudirebus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh ituuntuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk puladigunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Menghilangkan Bulu Ketiak

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah danbahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bilaubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itucelupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masabeberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hatianda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiakdaripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itudirebus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harusdiminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkanberkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapatmembantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkandan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjungMalaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempohseminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yangbaru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkansatu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian, angkat dansejukkan.Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akansembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidapkencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak. Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi danpetang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kalisehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah

Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera

Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepaladengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
Ø

Beri pesakit minum air yang banyakØ

Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air Ø

Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal


Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
Ø

Beri minum air zam-zam dan lap badannyaØ

Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: "Dengan namaAllah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu" Dan rendamlah dalam sungaiitu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 harilagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penatkerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbukmenjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahidan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah denganmenggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumatterus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kalidalam sehari.
Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung jugamempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dandimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kalisehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubatmenurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masihmuda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari danpetang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupunsedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruhbadan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibatkerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepalaseeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakitbarah otak.Ø

Punca Dari Pakaian: Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang bolehmenyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluanØ

Punca Dari Cahaya: Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangandengan sumber cahaya yang terangØ

Punca Dari Mata: Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung bolehmenyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dancermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepalaØ

Punca Dari Penyakit: Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dansebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.Ø

Punca Dari Kepala: Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga bolehmenyebabkan sakit kepala
Ubat sakit kepala
Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), ladasebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudianselepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda

selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera. Atau: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dandikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yangdikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dandicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawangmerah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudiandicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering,sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hinggamenjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madulebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapatmenyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemuahendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yangtelah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawatsebelum meminum air tersebut.
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulutdan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.Untuk mengubati penyakit batu karang Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hinggalumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan inike dalam air hangat dan diminum. Panawar racun dan sengatan binatang berbisa Ramuannya;madulebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat laludigaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannyadicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telahdigigit oleh anjing gila tersebut. Untuk merawati masalah batuk kering Ramuannya; 1/2 cawan madulebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambilairnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklahdiminum oleh pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperahairnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap


Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan keatasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perludihancurkan terlebih dahulu sehingga halus. Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4kali sehari. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan. Amalkan selama 3-7 hari.
Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudiandicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu. Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali danletak atas kepala. Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut sertamemanjangnya sekali.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yangdisebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan; halia, telor ayam kampung dan madu. Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlahair ke dalamnya untuk mendapatkan airnya. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itumendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka
Ramuannya; kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudianairnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka denganramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan iabertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembutdan kurang berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan iabertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah, lembutdan kurang berminyak.

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Bangun Tidur Awal Pagi Yang Mudah DiAmalkan

Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit. Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi. 1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari. Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa. Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya. Keadaan di atas, yan...

6 CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya. Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan. 1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat. Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin. Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah. Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari y...