Skip to main content

ANAK - Masalah Cacing

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladeshtelah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalamidemam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telahmemberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahuterjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yangbergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ketengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa...

Betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekelilinglubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempatcacing tersebut untuk mengalihkannya. ... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni(pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Sayacuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... takpernah-pernah sopan macam tu...

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. .. terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasanrumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah. Cacing-cacingyang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :-

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru...

Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuathisap darah Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus

Cacing pita -macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..

** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***


Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing :-

1. Albendazole/ mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalangsistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapatbergerak aktif dan mati kemudiannya.

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejaladi atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua..kua.. :)

Oleh
Faiza

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Bangun Tidur Awal Pagi Yang Mudah DiAmalkan

Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit. Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi. 1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari. Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa. Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya. Keadaan di atas, yan...

Pelbagai Petua Dari Orang Lama

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiappenyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,InsyaAllah datanglah keberkatannya. Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya: Baca bismillah Beristifar Baca Fatihah 1X Baca Ayat Kursi 1X Baca Doa Penyembuh Penyakit Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyakkelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudahagak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalutluka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari. Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudi...

6 CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya. Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan. 1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat. Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin. Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah. Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari y...