Skip to main content

5 kelebihan mandi air panas yang belum anda ketahui selama ini


Tahukah anda, mengamalka mandian air panas merupakan rahsia awet muda bagi wanita-wanita di Jepun. Mungkin di negara kita jarang sekali kita dengar orang gemar mandi air panas, selalunya mandi dengan mengunakan air paip yang sejuk.

Cara mandian air panas ini jika di negara Jepun ia dipanggil Onsen ataupun mandian secara semulajadi yang mengandungi natrium klorida serta kalsium yang mempunyai sifat terapeutik yang turut memberikan manfaat pada tubuh badan dan mengekalkan kulit agar nampak bersinar dan segar.

Rutin mandian air panas ini juga boleh membantu menghilangkan segala kekotoran serta toksin dalam badan pada waktu yang sama bagi memberikan kulit anda kelihatan bersinar. Hanya perlu merehatkan diri di dalam tab mandi air panas saja anda boleh mendapat beberapa kelebihan seperti di bawah:

1. Tidur yang lena

Bagaimana caranya untuk mendapatkan waktu tidur selama 8 jam tanpa ada gangguan?

Tahukah anda, mandian air panas sebelum masuk tidur boleh memberikan banyak kebaikan buat tubuh badan. Waktu malam, suhu badan kita mungkin akan menurun itu menandakan penghasilan melatonin ataupun hormon tidur. Dengan cara berendam di dalam air panas, ia boleh meningkatkan suhu normal dan membantu penghasilan melatonin bagi menyediakan diri anda untuk tidur.

2. Merehatkan otot

Pengedaran haba akan mengalir di dalam tubuh badan anda. Ia bukan saja bagus, malah ia juga dapat membantu kesakitan otot untuk berehat. Menambahkan garam epsom di dalam mandian air panas boleh membantu mengurangkan keradangan sendi yang sakit disebabkan oleh athritis atau penyakit otot-otot yang lain. Anti-radang dari garam epsom juga telah menunjukkan kesan positif bagi yang menghidap penyakit diabetes seperti diabetes jenis kedua.

3. Melegakan demam dan selesema
Haba dari mandian air panas juga boleh mengubati hidung yang tersumbat serta batuk. Punca hidung tersumbat adalah disebabkan oleh radangan pada kawasan hidung dan haba dari mandian telah memberi tindak balas pada saluran darah agar memberikan kelonggaran pada penyumbatan mukus. Mandi air panas secara berendam juga boleh membantu sistem imun bagi melawan virus jahat kepada lebih baik.

4. Melawan kulit kerengsaan
Gabungan air mandian panas dengan aroma pati wangian yang tertentu seperti minyak zaitun, minyak kelapa, lavender ataupun oatmeal yang boleh menghidrat serta merawat kulit kering dan mengalami kerengsaan. Haruman aromaterapi juga memberikan manfaat yang baik dan mengawal mood anda dan mengurangkan perasaan stress anda.

5. Tekanan darah
Tahukah anda, mengamalkan mandian air panas setiap hari boleh membantu mengurangkan tekanan pada darah. Pakar juga telah menjelaskan tekanan darah akan berkurang dan menghalang keadaan jantung menjadi lebih teruk atau serius seperti serangan sakit jantung, ataupun strok. Hasil pertolongan haba air panas ia juga telah mendorong aliran darah berjalan dengan lancar dan mendedahkan tubuh badan anda dengan senaman kecil.

5 kelebihan mandi air panas yang belum anda ketahui selama ini. Semoga apa yang telah dikongsikan ini dapat membantu menyelesaikan maslah yang anda hadapi. Selamat mencuba.









Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Bangun Tidur Awal Pagi Yang Mudah DiAmalkan

Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit. Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi. 1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari. Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa. Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya. Keadaan di atas, yan...

Pelbagai Petua Dari Orang Lama

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiappenyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,InsyaAllah datanglah keberkatannya. Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya: Baca bismillah Beristifar Baca Fatihah 1X Baca Ayat Kursi 1X Baca Doa Penyembuh Penyakit Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyakkelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudahagak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalutluka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari. Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudi...

6 CARA ATASI KULIT KERING SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya. Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan. 1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat. Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin. Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah. Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari y...