Waktu pagi adalah waktu yang indah untuk tidur. Syaitan akan menggoda-goda untuk memastikan kita tidur lena hingga terlewat bangun.
Para pelajar selalu menghadapi masalah lewat bangun. Bila lewat bangun, kita akan memulakan hari dengan tergopoh-gapah. Emosi akan mudah terganggu. Akhirnya produktiviti kita menurun hanya kerana lewat bangun.
Menyedari akan masalah tersebut, kami team Alaf Training akan kongsikan 10 cara untuk lebih mudah bangun pagi.
1) Secara logiknya, jika kita tidur awal maka kita akan bangun awal. Dan jika kita tidur lewat sudah pasti akan bangun lewat.
Walaupun ada juga kajian bagi orang yang tidur lewat tetapi mudah bangun awal namun jumlahnya amat kurang berbanding fakta awal tersebut.
Sebaiknya selesaikan segera aktiviti malam kita seperti menonton televisyen, melayan anak-anak, makan bersama keluarga dan lain-lain sebelum jam 10 malam.
Ini akan memudahkan kita mendapat rehat yang cukup setelah seharian penat bekerja dan sebagainya.
2) Jadikan amalan berwudhuk sebelum tidur sebagai perkara wajib.
Ini kerana sebelum kita ‘mati’ sekejap dari alam dunia, elok bagi kita dalam keadaan suci dan bersih.
Ramai orang menganggap akan sukar jika tidur jika air menyentuh anggota wuduk kita.
Banyak kelebihan berwuduk sebelum tidur antaranya :
3) Kelebihan surah Al Mulk :
Kelebihan 4 Qul :
Kelebihan surah al-Waqiah :
Kelebihan ayat Kursi :
4) Kelebihan-kelebihan tidur di atas rusuk kanan :
Merehatkan otak sebelah kiri.
Mengurangi jantung yang berada di sebelah kiri.
Merehatkan usus.
Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pancreas.
Merehatkan kaki kiri.
Menjaga kesihatan paru-paru.
Menjaga saluran pernafasan.
5) Hadapkan dada ke arah kiblat adalah satu cara yang baik untuk kekal sihat.
Ini kerana Imam Ghazali menjelaskan tidur menghadap kiblat adalah salah satu adab tidur.
Dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pertama, mengiringkan muka menghadap kiblat dan yang kedua, tidur terlentang dan kepala menghadap kiblat.
6) Cara yang diamalkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan meletakkan tapak tangan kanan sebagai bantal dan diletakkan di pipi kanan.
Cara ini menjadikan kepala kita tidak terlalu tinggi dengan badan dan itu tidak baik untuk leher.
Maka cara yang terbaik adalah kepala dalam keadaan rendah ke bawah supaya leher kita tidak sakit.
7) Pastikan anda ada jadual harian secara minggu atau bulanan.
Ini membantu anda merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus segera.
Dahulukan perkara keperluan kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu banyak perkara.
Pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dan yang tidak penting dan tidak perlu segera letakkan di senarai bawah.
Gunakan masa dengan baik kerana masa ibarat pedang, sifatnya memotong. Jika kita tak memotong masa, masa akan memotong kita. AWAS.
8) Setiap apa yang dilakukan, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Begitulah juga dengan niat. Jangan sekali kita permain dengan kuasa niat.
Tetapkan sahaja jam berapa kita mahu bangun tidur. insyaallah dipermudah dan kita akan terjaga tepat pada masanya.
Ini semua berkait dengan keyakinan minda dengan interaksi tubuh badan kita. Tak percaya? Cubalah sekarang !
9) Lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur.
Ini supaya dapat melonggar dan melancarkan kembali otot serta darah kita setelah rehat selama beberapa jam.
Dan salah satu senaman ringan yang perlu dibuat ialah senyum.
Senyum adalah satu cara paling mudah untuk merenggangkan otot malah meningkatkan sel-sel positif kita pada pagi hari.
10) Akhir sekali, pastikan anda bangun pada sepertiga malam untuk beribadah.
Ambil wudhuk dan mulakan hari dengan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan lain-lain. Ini menjamin kemudahan dan keberkatan pada hari anda.
Mintak pada Allah kerana usaha tanpa tawakal umpama pokok tanpa buah. Selamat beramal. Sekian.

- wuduk akan menenangkan otot badan
- mampu mencerahkan kulit
- dapat menghindarkan penyakit kulit
- menyihatkan kulit
- bebas dari kuman jahat
- didoakan oleh malaikat
3) Kelebihan surah Al Mulk :
- Allah akan menghalanginya dari siksa kubur.
Kelebihan 4 Qul :
- Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
- Terhindar dari segala perkara yang buruk.
Kelebihan surah al-Waqiah :
- Terhindar dari sifat lalai.
- Dijauhkan dari kefakiran.
- Akan dipermudahkan rezeki dan hajatnya.
Kelebihan ayat Kursi :
- Akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi.
4) Kelebihan-kelebihan tidur di atas rusuk kanan :
Merehatkan otak sebelah kiri.
Mengurangi jantung yang berada di sebelah kiri.
Merehatkan usus.
Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pancreas.
Merehatkan kaki kiri.
Menjaga kesihatan paru-paru.
Menjaga saluran pernafasan.
5) Hadapkan dada ke arah kiblat adalah satu cara yang baik untuk kekal sihat.
Ini kerana Imam Ghazali menjelaskan tidur menghadap kiblat adalah salah satu adab tidur.
Dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pertama, mengiringkan muka menghadap kiblat dan yang kedua, tidur terlentang dan kepala menghadap kiblat.
6) Cara yang diamalkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan meletakkan tapak tangan kanan sebagai bantal dan diletakkan di pipi kanan.
Cara ini menjadikan kepala kita tidak terlalu tinggi dengan badan dan itu tidak baik untuk leher.
Maka cara yang terbaik adalah kepala dalam keadaan rendah ke bawah supaya leher kita tidak sakit.
7) Pastikan anda ada jadual harian secara minggu atau bulanan.
Ini membantu anda merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus segera.
Dahulukan perkara keperluan kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu banyak perkara.
Pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dan yang tidak penting dan tidak perlu segera letakkan di senarai bawah.
Gunakan masa dengan baik kerana masa ibarat pedang, sifatnya memotong. Jika kita tak memotong masa, masa akan memotong kita. AWAS.
8) Setiap apa yang dilakukan, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Begitulah juga dengan niat. Jangan sekali kita permain dengan kuasa niat.
Tetapkan sahaja jam berapa kita mahu bangun tidur. insyaallah dipermudah dan kita akan terjaga tepat pada masanya.
Ini semua berkait dengan keyakinan minda dengan interaksi tubuh badan kita. Tak percaya? Cubalah sekarang !
9) Lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur.
Ini supaya dapat melonggar dan melancarkan kembali otot serta darah kita setelah rehat selama beberapa jam.
Dan salah satu senaman ringan yang perlu dibuat ialah senyum.
Senyum adalah satu cara paling mudah untuk merenggangkan otot malah meningkatkan sel-sel positif kita pada pagi hari.
10) Akhir sekali, pastikan anda bangun pada sepertiga malam untuk beribadah.
Ambil wudhuk dan mulakan hari dengan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan lain-lain. Ini menjamin kemudahan dan keberkatan pada hari anda.
Mintak pada Allah kerana usaha tanpa tawakal umpama pokok tanpa buah. Selamat beramal. Sekian.
Comments
Post a Comment