Skip to main content

Posts

Teknik Urutan I Love You

Siapa tahu urutan I LOVE YOU? Urutan I LOVE YOU pada bayi boleh melegakan masalah kembung perut dan sembelit tau. Caranya mudah je. 1. Baringkan bayi. 2. Sapukan minyak/krim/balm bayi di perut. 3. Mulakan urutan seperti rajah di bawah. Senang kan? Elakkan urut baby selepas makan atau minum susu tau. Sebaiknya selepas mandi ataupun sebelum tidur.

Merawat Demam Campak Dan Petua Lain

Beberapa petua dan tips perkongsian untuk semua, semoga dapat membantu dan bermanfaat.. 1. Merawat demam campak. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). 2. Khasiat kapur sirih Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu. Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering. Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali ...

CARA MERAWAT BUASIR BEDARAH

Tadi semasa di Masjid Negara saya di sapa oleh seseorang lelaki yang tidak dikenali katanya telah lama mencari saya sebab untuk merawat masalah buasir yang parah. Melihat keadaannya memerlukan bantuan jadi saya pun merawat lelaki itu dengan doakan sebotol air agar penyakit buasir yang dideritainya itu cepat sembuh. Jadi disini saya nak mengajar bagai mana merawat penyakit buasir berdarah dengan cara mudah dan amat mustajab.. Caranya ambilkan tujuh biji buah peria katak lalu di tumbuk halus kemudian masukkan kedalam periuk dan masukkan setengah liter air. Anda hendaklah merebus buah peria katak tadi sehingga menidih. Selepas menidih letak periuk di lantai rumah dan anda haruslah duduk dalam keadaan bercangkung dengan meletakkan periuk ditengah kelangkang anda lakukan ia seperti bertangas... Percayalah tak sampai seminggu sekiranya anda melakukan setiap hari tangasan dari wap peria katak penyakit buasir anda akan sembuh sepenuhnya..

Ubat Sakit Dan Lenguh Pinggang

Ada seorang lelaki datang berjumpa saya di pondok dekat pinggir hutan katanya hendak putus ubat sebab Sakit pinggang yang dialaminya sudah sembuh dengan tersengeh-sengeh wajahnya memandang saya dengan seekor ayam kampung di tangannya.. Saya pun berkata nak putus ubat buat apa Paklong itu cuma petua je bukan jampi pun tapi Paklong itu tetap nak juga bagi ayam yang dibawanya kerana niatnya kalau Sakit pinggangnya yang dideritainya sembuh jadi saya pun tak terkata apa sebab Paklong itu tetap berkeras nak bagi juga cuma didalam hati berkata buat sup ayam sedap juga nie sebab ayam dara.. Inilah petua yang saya ajarkan kepada Paklong tersebut ... Orang kalau sebut sahaja daun durian belanda tentu sahaja dalam fikiran dia hanya untuk merawat penyakit barah sahaja tapi sebenarnya ia baik untuk mereka yang bermasalah Sakit pinggang caranya mudah sahaja ambil tiga puluh helai daun durian belanda letak diatas kain yang lama tidak digunakan lagi kemudian bakar batu tungku yang selalu digunakan ...

CARA MERAWAT PEMYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA

Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan dilututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.. Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartris sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan... Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang di sebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu... Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.. Caranya ambil tiga biji bawang ros...

8 petua awet muda mengikut cara Islam

#1 : Urut wajah sambil berselawat Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi. Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri. #2: Minum air dan selawat sebelum berus gigi Anda tahu tak air liur mempunyai enzim yang baik untuk kesihatan? Jadi sejurus saja bangun tidur, sebelum mandi dan gosok gigi. Minum air kosong dan biarkan ia dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, telan air itu. Banyak manfaatnya tau. Cubalah kalau nak tahu! #3: Tanam kuku atau rambut Kita biasanya kalau potong kuku terus saja campak ke tong sampah begitu juga dengan rambut yang gugur. Tapi sebenarnya petua awet muda ini anda harus memotong kuku pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Kemudian bila sudah potong kuku atau rambut gugur, tanamkannya. #4 Selawat ke tapak tang...

5 Tips & Petua Semasa Membuat Kek

#1- MEMBUAT KEK > Pilih bahan yang baru dan bermutu. > Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega. > Siapkan loyang dan dialas dengan kertas roti, sapukan dengan nipis dan rata dengan marjerin. > Taburkan dengan tepung gandum. > Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. > Tambahkan telur satu persatu ke dalam aduanan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. > Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 minit untuk setiap butir telur. > Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung. > Kacau adunan dengan gerakan searah dan ringan dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. > Panaskan oven 5 minit sebelum memasukkan kek. > Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan seh...